Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Agong zahir takziah kepada keluarga mendiang Guan Dee -

Agong zahir takziah kepada keluarga mendiang Guan Dee

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Negara Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi yang meninggal dunia semalam.

Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang yang juga bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negeri Sabah dan negara,” menurut kenyataan Istana Negara yang dimuat naik menerusi Facebook.

Mendiang Guan Dee yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) telah mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada parti tersebut.

Guan Dee, 67, meninggal dunia pada 4.50 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur selepas mengadu sakit dada.

Presiden STAR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan dilaporkan berkata Guan Dee berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Perikatan Nasional (PN) pada petang Ahad (24 Okt) namun tidak menghadiri mesyuarat itu selepas disahkan positif COVID-19.

— BERNAMA