Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Usul pelantikan Timbalan Speaker ditangguh ke persidangan akan datang -

Usul pelantikan Timbalan Speaker ditangguh ke persidangan akan datang

USUL pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dijadual hari ini ditangguhkan dan dibawa ke persidangan akan datang.

Penangguhan usul itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat dan dipersetujui suara majoriti ahli dewan.  

“Menurut Peraturan 90 (2) dan dengan persetujuan Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan usul untuk menghentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 6 iaitu bagi menangguh Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti Perkara 1 yang tertera di Aturan Urusan Mesyuarat usul-usul hari ini ke mesyuarat akan datang,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. 

Usul penangguhan itu disokong Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli. 

Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu perlu dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan pada 23 Ogos lepas. – BERNAMA