Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Nabila Razali senyum lebar, Peluang Kedua raih pendapatan tinggi -

Nabila Razali senyum lebar, Peluang Kedua raih pendapatan tinggi

SESUDAH setahun dilancarkan akhirnya lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali meraih pendapatan lebih RM400,000 melalui hasil jualan di semua platform digital dan YouTube. Bagi industri rakaman di Malaysia, angka itu cukup besar dan mampu memberikan senyuman kepada semua.

Tidak cukup dengan itu, lagu yang penuh dengan ‘cerita’ itu juga meraih 2 X Platinum Award yang menjadi penanda aras bahawasanya lagu hasil ciptaan Hael Husaini dan MFMF begitu diterima ramai.

Menganggap pegikhtirafan ini sebagai sebuah kenangan manis, Nabila menjelaskan dia begitu gembira dan segala penat lelahnya selama ini sudah berbayar.

“Alhamdulillah ini merupakan pencapaian terbaik saya buat masa ini. Penat lelah kami satu pasukan berbaloi dengan penjualan lagu ini. Saya juga tak sangka lagu Peluang Kedua ini dapat sambutan sejak dilancarkan.

“Saya berharap peminat akan terus menyokong lagu baru saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya.

Jelasnya lagi, faktor utama kejayaan itu pastinya disebabkan lagu itu sendiri dekat dengan pendengar dan berkualiti. Sebagai penyanyi, dia juga sentisa memastikan lagu yang dibawakan itu dipromosi sebaik mungkin dan disukai oleh pendengar.

“Bagi saya, setiap produk yang dikeluarkan itu haruslah berkualiti dan bukan syok sendiri supaya hasilnya bukan kita sahaja suka, tetapi peminat juga. Ini merupakan satu faktor yang sangat penting tentang kejayaan lagu Peluang Kedua dan semua lagu-lagu yang bakal dinyanyikan,” tambanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Nabila memberitahu dia bakal melancarkan lagu baharu tidak lama lagi. Seperti Peluang Kedua, dia berharap agar lagu berkenaan juga mendapat sambutan hangat pendengar.–SB