Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MA63: Tarikh baharu pembentangan RUU pinda Perlembagaan ditentukan kelak -

MA63: Tarikh baharu pembentangan RUU pinda Perlembagaan ditentukan kelak

KABINET akan menetapkan tarikh baharu untuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan Perlembagaan Malaysia selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, penangguhan itu susulan tiada kata sepakat dicapai mengenai cadangan pindaan terhadap beberapa artikel berkaitan Perlembagaan Persekutuan semasa sesi perbincangan semalam, yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

RUU berkenaan sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat esok (26 Oktober), diikuti bacaan kali kedua pada 28 Oktober ini.

Wan Junaidi dalam kenyataan beliau hari ini berkata, tarikh baharu bacaan kali pertama RUU itu akan ditetapkan selepas taklimat daripada Peguam Negara berhubung perkara berkenaan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat (29 Okt) ini.

“Walaupun Kabinet pada prinsipnya bersetuju dengan usul RUU itu, ada beberapa menteri meminta penjelasan lanjut mengenai pindaan tersebut. Itu sebabnya kenapa Kabinet memutuskan agar menetapkan tarikh baharu pembentangan RUU selepas taklimat daripada Peguam Negara,” katanya.

Wan Junaidi berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan RUU berkenaan mendapat sokongan penuh daripada semua menteri. – Bernama