Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kadar Rt naik 0.88, Negeri Sembilan, KL tertinggi -

Kadar Rt naik 0.88, Negeri Sembilan, KL tertinggi

KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (Rt) di seluruh negara semalam mencatatkan sedikit kenaikan iaitu 0.88 berbanding 0.87 pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun kenaikan itu dilihat masih terkawal berdasarkan purata Rt yang dicatatkan minggu lalu.

Sebanyak tujuh negeri dan wilayah mencatatkan Rt melebihi purata kebangsaan dengan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan tertinggi pada tahap 1.

Mengikut data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri lain yang mencatatkan Rt lebih 0.88 ialah Putrajaya (0.97), Melaka (0.97), Selangor (0.95), Sabah (0.92), Kedah (0.90) dan Johor (0.88).

Sementara itu, negeri yang mencatat Rt di bawah purata kebangsaan ialah Kelantan (0.86), Terengganu (0.86), Pulau Pinang (0.83), Pahang (0.82), Perak (0.81), Sarawak (0.81), Perlis (0.81) dan Labuan (tujuh kes).

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. – SB