Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
94.6% populasi dewasa Malaysia lengkap divaksin -

94.6% populasi dewasa Malaysia lengkap divaksin


 POPULASI dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (24 Oktober) adalah sebanyak 94.6 peratus atau seramai 22,143,545 orang.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.5 peratus atau 22,813,885 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
 
Sejumlah 124,530 dos suntikan turut diberikan semalam melibatkan 106,261 suntikan dos lengkap dan 9,831 suntikan dos pertama menjadikan kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini bertambah kepada 49,069,291 dos.

Setakat semalam juga, sebanyak 1,622,869 atau 51.6 peratus individu dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 81.1 peratus atau 2,552,468 individu remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, sejumlah 8,438 dos penggalak vaksin COVID-19 telah diberi semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 101,590 dos. – Bernama