Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Tourism Malaysia anjur lawatan produk ‘About KL & Beyond’ -

[VIDEO] Tourism Malaysia anjur lawatan produk ‘About KL & Beyond’

PROGRAM produk About KL & Beyond di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah dianjurkan oleh Tourism Malaysia adalah demi mempergiatkan lagi pertumbuhan industri pelancongan negara.

Menerusi satu temubual bersama Pegawai Pelancongan, Mazanah Mokhtar, beliau menyatakan bahawa program tersebut bermula 22 Oktober yang lalu dan berjalan selama 3 hari 2 malam dan berakhir malam tadi dengan majlis penutupan.

Menurut Mazanah, program tersebut telah disertai oleh 15 pengamal media terdiri daripada agensi media cetak, elektronik dan media baharu.

“Kita hidup dalam norma baharu, jadi kita nak perkenalkan dan nak buka balik industri pelancongan kepada orang awam,” katanya kepada SatuBerita.

Mazanah juga menyatakan beberapa lokasi yang telah dikunjungi semasa program tersebut seperti FRIM Forest Skywalk Jejantas Rimba, Bbq Lamb Kemensah, 99 Wonderland Selayang, Gamuda Cove Dengkil dan aktiviti pelayaran kapal layar Princess Amalin Yacht.

Sementara itu, Pegawai Pelancongan, Siti Nadia Shamsuddin berkata program itu berjalan dengan lancar dan peserta juga turut dapat melakukan pelbagai aktiviti di destinasi yang dikunjungi.

Aktiviti pelayaran kapal layar Princess Amalin Yacht juga telah disertai oleh Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Seri Ramlan Ibrahim dan Pengarah Negeri Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Mohd. Izal Mohd. Nor.

Mengulas lanjut, Ramlan Ibrahim berkata, pelbagai usaha dan langkah yang dilakukan ini akan membantu untuk memastikan Malaysia menjadi pilihan pelancong tempatan. 

“Kerjasama daripada semua pihak sama ada agensi kerajaan, wakil-wakil media, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat tempatan amat diperlukan untuk menjayakan segala program yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia di mana ini sekali gus akan mempergiatkan pertumbuhan industri pelancongan negara.” katanya. – SB