Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jenazah Mamat Khalid selamat dikebumikan -

Jenazah Mamat Khalid selamat dikebumikan

JENAZAH pengarah dan penerbit tersohor negara Mamat Khalid selamat dikebumikan selepas solat zohor, kira-kira pada jam 2.26 petang, di Tanah Perkuburan Wakaf Masjid Paloh, Perak, pada Ahad.

Jenazah pengarah yang disegani itu disolatkan di Masjid Sungai Rokam sekitar pukul 11.30 pagi ini.

Majlis pengebumian sutradara berbakat besar itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu dan rakan-rakan selebriti seperti Zul Ariffin, Pekin Ibrahim, Khir Rahman dan Bell Ngasri.

Terdahulu, anak kelahiran Ipoh itu dilaporkan jatuh pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim dan menghembuskan nafas yang terakhir di dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River.

Berita duka pemergian Mamat turut disahkan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah.

Allahyarham cukup disegani dalam dunia perfileman tempatan dan karya-karyanya sering pecah panggung serta memberi kesan cukup hebat kepada penonton.

Antara karya hebat pengarah tersohor itu adalah Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Rock, 16 Puasa dan Hantu Kak Limah. – SB