
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan satu poster tular di media sosial yang mendakwa agensi itu mengisytiharkan hukum haram bagi juruterbang wanita menerbangkan sebarang pesawat dari kokpit.
JAKIM menerusi hantaran terbaharu di Facebook berkata, maklumat mengenai perkara itu adalah palsu dan bukan dari sumber JAKIM.
“Sumber ini bukan dari JAKIM. Mohon hentikan penyebaran!,” tulis hantaran itu, hari ini.
Poster itu menunjukkan sekeping gambar yang merakamkan tiga wanita sedang berada dalam kokpit sebuah pesawat.
Dalam poster itu pula tertera kenyataan palsu seperti berikut:
JAKIM mengumumkan, adalah haram bagi juruterbang wanita menerbangkan sebarang pesawat semasa berada di kokpit.
Ia turut mengarahkan Malaysia Airlines (MAS), Air Asia, FireFly, dan Malindo Air menamakan semula sebagai CATPIT untuk mengelak lesen penerbangan awam mereka dibatalkan. – SB