SEBANYAK 5,828 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, turun 802 kes berbanding semalam.
Negara semalam merekodkan 6,630 kes yang tertinggi dalam tempoh enam hari sejak 17 Oktober lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 kini berjumlah 2.42 juta kes.
“Sehingga 23 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,828 kes (2,426,050 kes).
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.
Sementara itu, Selangor terus merekodkan kes baharu sebanyak empat angka apabila 1,039 kes dilaporkan hari ini.
Menurut Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, jumlah itu melibatkan 1011 komuniti, 26 penjara dan dua kes import.
Hulu Langat merekodkan kes tertinggi dengan 351 kes, diikuti Gombak (138 kes). – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.