Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
47,729 individu telah terima dos penggalak -

47,729 individu telah terima dos penggalak

SERAMAI 47,729 individu merangkumi petugas barisan hadapan iaitu kesihatan dan keselamatan, warga emas serta individu komorbid telah pun menerima dos penggalak setakat 19 Oktober lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, kesemua individu yang menerima dos penggalak itu telah lengkap dos vaksin Pfizer untuk sekurang-kurangnya enam bulan lalu.

Kata KKM, pemberian dos penggalak telah bermula 13 Oktober lalu menggunakan vaksin Corminaty keluaran Pfizer.

KKM berkata, mulai Jumaat lalu, pemberian dos penggalak telah diperluaskan kepada warga emas yang telah lengkap dua dos vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan lalu.

“Dos penggalak atau booster dose dan dos tambahan adalah berbeza tetapi daripada kategori yang sama iaitu dos ketiga.

“Penggunaan vaksin campuran atau heterologous vaccination ini telah pun diguna di beberapa negara lain.

“Sebelum kaedah vaksin campuran ini dimulakan, KKM telah menubuhkan jawatankuasa kecil di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) untuk membuat penilaian,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Mengulas lanjut, KKM berkata, semua pengeluar vaksin perlu menghantar permohonan baharu bagi dos penggalak kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk penilaian terutama aspek keselamatan dan keberkesanan.

Katanya, ia kerana NPRA hanya memberi kelulusan bersyarat kepada dua dos vaksin keluarga Pfizer, Sinovac, AstraZeneca dan SinoPharm manakala satu dos vaksin CanSino.

“Setakat ini, NPRA hanya memberi kelulusan bersyarat untuk dos penggalak kepada vaksin Pfizer.

“Seperti ditegaskan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pemberian dos penggalak ini tidak bermaksud doa dos yang telah diterima tidak berkesan.

“Dos penggalak adalah bagi mereka di mana dua dos lengkap sudah mencukupi tetapi dalam tempoh tertentu, tindak balas imun mula menurun.

“Dos penggalak ini bagi memastikan penerima vaksin mendapat tempoh perlindungan paling optimum,” jelas KKM. – SB