Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sabaruddin Chik sifu saya: PM -

Sabaruddin Chik sifu saya: PM

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkongsi kejayaannya dalam bidang politik sehingga menjadi Perdana Menteri berkata, semuanya adalah atas jasa dan peranan ‘sifu’ beliau, Tan Sri Sabaruddin Chik.

Dalam catatan di Facebook, Ismail Sabri berkata bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu adalah mentor yang telah mendidik beliau dalam arena politik.

“Dari lantikan sebagai Ketua Penerangan Bahagian Temerloh sewaktu saya berumur 27 tahun, sehinggalah melantik saya sebagai Setiausaha Politik beliau pada tahun 1995-1999 sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

“Jasa beliau tidak ternilai besarnya dan tidak mampu saya balas. Kejayaan saya di dalam politik sehingga menjadi Perdana Menteri tidak akan tercapai tanpa peranan Tan Sri Sabaruddin Chik.

“Tanpa beliau tentu saya tiada di sini. Sebab itu lah sehingga sekarang saya terus menghormati dan bersama sifu saya ini,” katanya.

Menerusi catatan itu, Ismail Sabri turut berkongsi gambarnya bersama Sabaruddin, 79, yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Kewangan dari 1982 hingga 1987. – SB