JABATAN Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas menahan seorang lelaki dan merampas 94,600 batang rokok seludup bernilai RM189,200 selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Dangar, Pasir Mas, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir, suspek, 49, ditahan pada pukul 11 malam selepas dan hasil pemeriksaan menemukan kotak rokok seludup disimpan di satu ruang dalam rumah itu.
“Hasil soal siasat, suspek yang mempunyai tujuh rekod jenayah lampau itu mengaku rokok tersebut adalah miliknya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan kes disiasat di bawah seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
Pihaknya akan melipatkan gandakan rondaan dan operasi bagi mengekang jenayah di Pasir Mas.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.