[VIDEO] Polis kesan penunggang basikal ‘cucuk’ lori

0
518

TINDAKAN seorang penunggang basikal bertindak ‘cucuk angin’  dengan mengekori rapat sebuah lori di Jalan Temerloh-Kuantan, Pahang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Tindakan berkenaan dilihat boleh membahayakan nyawa penunggang basikal berkenaan sekiranya lori tersebut membrek secara mengejut.

Berdasarkan video berdurasi 27 saat itu, dapat dilihat seorang penunggang basikal mengekori rapat belakang sebuah lori yang sedang dipandu laju.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusof berkata, pihak polis memandang serius kejadian itu dan sedang berusaha mengesan penunggang basikal yang melakukan aksi berbahaya itu.

Sementara itu, beliau meminta individu yang merakam video berkenaan agar menghubungi pihak polis bagi meyalurkan maklumat dalam mengesan penunggang basikal berkenaan.

“Saya juga meminta mana-mana saksi dan juga individu yang mempunyai maklumat mengenai penunggang basikal berkenaan memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai yang melakukan aktiviti berbasikal agar mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak melakukan aksi yang boleh membahayakan keselamatan mereka,” katanya menurut laporan Kosmo. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here