HOSPITAL Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan mesej yang menyatakan seorang Pakar Bedah HKL bernama Dr Shafawati meninggal dunia pada 3 September lalu akibat vaksin seperti yang tular di media sosial.
HKL menjelaskan, tiada pakar bedah HKL bernama Dr Shafawati yang meninggal dunia seperti didakwa.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai berita ditularkan yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan sebaliknya sentiasa merujuk sumber sahih untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.
Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 9 malam tadi. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.