Khairil Nizam tidak pertahankan jawatan Ketua Pemuda Pas

PENYANDANG jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Senator Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam Khirudin pada Jumaat disahkan tidak akan mempertahankan jawatan itu pada bagi sesi 2021-2023.

Keputusan khairulnizam itu telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda Pas Malaysia yang berlangsung pada malam Khamis.

DPPM dalam kenyataannya mengenai perkara tersebut yang diedarkan pada Jumaat turut menyatakan bahawa badan itu menghormati keputusan beliau dan menyerahkan urusan peralihan kepimpinan DPPM kepada Muktamar DPPM yang akan berlangsung akhir bulan ini. – SB