Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bengang tak dapat beli tiket Misha Omar, ini jawapan Istana Budaya -

Bengang tak dapat beli tiket Misha Omar, ini jawapan Istana Budaya

RAMAI yang merungut dan tak kurang juga yang pulang dengan kekecewaan apabila gagal mendapatkan tiket Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia bersama Misha Omar yang mula dijual awal minggu ini.

Penjualan tiket yang dilakukan secara walk in itu habis dijual dalam masa yang singkat manakala peminat yang mahu membeli masih ramai. Sudahnya, media sosial menjadi tempat mereka meluahkan kemarahan.

Sehubungan dengan itu, pihak Istana Budaya memohon maaf atas apa yang telah berlaku melalui Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Zaifri Husin.

“Kami ambil maklum dengan isu yang berlaku semalam dan Istana Budaya sedang dalam proses ke arah pendigitalan yang dimulakan Jun lalu. Jika semuanya mengikut perancangan ia dapat dilaksanakan awal tahun depan.

“Dalam pada itu, kami juga memohon maaf kepada orang ramai yang datang membeli secara tunai terpaksa berbaris panjang,” katanya.

Dalam pada itu, kemarahan pembeli bertambah apabila mereka hanya boleh membeli empat tiket sahaja untuk setiap seorang walaupun ada yang mahu mendapatkan lebih.

Jelasnya, pihak Istana Budaya telah berbincang dan keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan lebih ramai peminat hadir menyaksikan konsert yang bakal diadakan 30 Oktober ini.

“Kami telah berbincang bersama pihak pemasaran Istana Budaya untuk menghadkan penjualan tiket empat aahh untuk setiap seorang sepanjang tahun ini,” tambahnya lagi.

Untuk info, Istana Budaya mempunyai kapasiti 1,400 tempat duduk. Namun mengikut prosuder operasi standard hanya 735 sahaja yang boleh diisi. – SB