Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PM ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd. Diya -

PM ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd. Diya

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga anggota bomba, Allahyarham Mohd. Diya Che Jusoh, yang meninggal dunia ketika bertugas membantu mangsa banjir di Sungai Putat, Melaka.

Beliau menerusi hantaran di Facebook juga mengucapkan takziah kepada seluruh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka di atas pemergian Allahyarham.

“Didoakan semoga tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” kata Ismail Sabri menerusi hantaran itu.

Allahyarham Mohd Diya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, lemas selepas rebah ke dalam air banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh petang semalam, meninggal dunia awal pagi ini.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 3.11 pagi tadi di Hospital Melaka.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, mangsa dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.

Mangsa dipercayai rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir berarus deras separas dada orang dewasa, namun disedari anggota bomba lain yang turut berada di situ dan mengambil masa hampir 10 minit untuk membawa mangsa ke tempat selamat. – SB