Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mesyuarat MPFN lulus dua dasar utama perancangan bandar dan desa - PM -

Mesyuarat MPFN lulus dua dasar utama perancangan bandar dan desa – PM

MESYUARAT Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada Khamis meluluskan dua dasar utama berkaitan perancangan bandar dan desa, serta bersetuju terhadap cadangan penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi negeri-negeri di utara Semenanjung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mempengerusikan mesyuarat MPFN ke-39 itu berkata, dua dasar berkenaan yakni Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN4) dan Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara-2 (RFZPPN-2), disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

“RFN merupakan dokumen peringkat tertinggi dalam sistem perancangan guna tanah negara.

“Selaras dengan keperluan peruntukan di bawah subseksyen 6B (4) Akta 172, RFN hendaklah dikaji semula setiap lima tahun, selaras dengan penyediaan Rancangan Malaysia Lima Tahun atau jika dan apabila diarah oleh MPFN,” katanya dalam kenyataan beliau hari ini.

RFN4 disediakan untuk menentukan arah tuju pemajuan fizikal termasuk ekonomi, alam sekitar dan sosial bagi seluruh kawasan perancangan di Semenanjung dan Labuan serta memerlukan penglibatan pelbagai pihak di setiap peringkat perancangan dan pembangunan. – Bernama

  •