Lelaki maut, motosikal terbabas langgar bonggol jalan

0
382

SEORANG penunggang motosikal maut selepas dipercayai terbabas ketika melalui kawasan bonggol di di simpang Antara Gapi, Hulu Selangor, semalam.

Kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu berlaku ketika mangsa dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempatnya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, mangsa lelaki berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Polis menerima laporan kejadian itu pada jam 8.10 malam. Siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dari rumahnya di Antara Gapi menghala ke tempat kerja di sebuah kilang pembuatan produk automatif, juga di Antara Gapi.

“Setiba di lokasi, motosikal Honda Dash ditunggang mangsa hilang kawalan ketika melalui bonggol jalan menyebabkan mangsa terjatuh. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here