6,210 kes baharu, 1,027 jangkitan di Selangor

KES baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini meningkat kepada 6,210 kes berbanding 5,516 jangkitan semalam.

Jumlah yang dilaporkan hari ini juga merupakan yang tertinggi dalam tempoh lima hari sejak Ahad lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 kini berjumlah 2.41 juta kes.

“Sehingga 21 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,210 kes (2,413,592 kes).

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 1,027 kes baharu COVID-19 dikesan di negeri itu hari ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, JKNS berkata, 1,014 kes yang dilaporkan hari adalah dalam komuniti manakala 13 lagi kes import.

Kes baharu COVID-19 Selangor 21.10.2021 sehingga jam 12.00 tengahari – 1027 kes (1014 komuniti, 13 import A).

Jumlah kes hari ini di Selangor meningkat sedikit berbanding semalam yang berjumlah 1,004 jangkitan. – SB