Polis maut motosikal gagal memotong, dilanggar bas

0
425

SEORANG anggota polis yang yang bertugas di Balai Polis Dong, Raub meninggal dunia selepas dilanggar sebuah bas di Kilometer 16, Jalan Bentong-Raub, Bentong, semalam.

Ketika kemalangan pukul 12.30 tengah hari itu, Arisham Azahari, 37, sedang menunggang motosikal dalam perjalanan dari Raub ke Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, ketika tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan yang sesak dan melanggar sebuah motosikal lain di hadapan.

“Mangsa terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah bas dan maut di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zaiham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mana-mana pihak yang mempunyai makkumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan, katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here