Disihir? Iqbal tolak pelawaan Vida berubat

0
329

Oleh SatuBerita

BENARKAH bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida disihir seperti mana yang didakwa oleh usahawan berkenaan? Itu yang menjadi tanda tanya netizen apabila perkara tersebut menjadi topik perbincangan di media sosial hari ini.

Semua itu terbongkar apabila Vida mendakwa Ahmad Iqbal Zulkefli disihir sehingga membuatkan dia nekad ke rumah lelaki tersebut pada pukul 3 pagi seperti yang diketahui umum sebelum ini.

Membuat perkongsian tersebut di Instagram miliknya, wanita berkenaan mengatakan dia melakukan perkara tersebut semata-mata mahu menyelamatkan Iqbal meskipun dia mengaku sihat tanpa sebarang masalah.

“Demi untuk menyelamatkan satu kehidupan yang lebih baik walaupun tuan badan kata dia sihat. Benda sihir ni boleh bergerak ke mana-mana. Tapi muka, mata, kulit berubah dari sayang kepada benci.

“Tak ada jodoh kita tak payah gaduh-gaduh, kita reda. Saya terangkan kepadanya yang dia memang terkena sihir,” kata Vida penuh emosi.

Menganggap ada pihak yang sakit hati sehingga sanggup melakukan sihir untuk melihat mereka berseteru, mereka sebenarnya iri hati terhadap kebahagiaan dan kejayaan perniagaan yang diusahakannya.

Tambahnya apa yang dikecapinya ketika ini merupakan hasil titik peluh usahanya selama ini dan mempersoalkan mengapa masih ada yang sanggup melakukan mereka sebegitu rupa.

Tidak cukup dengan itu, Vida juga menunjukkan wajah terkini Iqbal ketika hadir ke rumah lelaki tersebut Bersama anak lelakinya baru-baru ini.

“Saya kenal dia tujuh tahun. Muka dan mata dia bukan hitam… kulit dia putih. Bila saya beritahu dia terkena sihir dan ajak berubat, dia tak nak.

“Saya cakap berubat tu bukan bertujuan dia nak kepada saya. Berubat tu untuk pulihkan diri supaya dia tidak jadi seperti sekarang dengan memburukkan saya padahal selama ini dia banyak menjaga saya,” kata Vida lagi.

Terdahulu kisah antara Vida dan Iqbal panas apabila hubungan cinta mereka tidak restui oleh anak-anak meskipun persiapan perkawinan mereka sudah disiapkan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here