Pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas di Lembah Klang telah mencapai tahap 98 peratus setakat 6 pagi ini, demikian menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini.
Air Selangor memaklumkan enam wilayah iaitu Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Gombak dan Shah Alam sudah mencapai tahap pemulihan 100 peratus.
“Tahap pemulihan di Kuala Lumpur 95.5 peratus dan dan Klang 89.4 peratus,” menurut Air Selangor dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Menurut Air Selangor tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
Air Selangor berharap para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.
Air Selangor sebelum ini memaklumkan gangguan bekalan air berjadual berlaku di 998 kawasan di lapan wilayah pada 13 hingga 16 Okt disebabkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) akan dihenti tugas untuk memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.