BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab kritikan netizen berhubung status anaknya di Singapura dengan menjelaskan anak perempuannya itu telah menetap di negara berkenaan sejak dua hingga tiga tahun lalu.
Menurutnya, anaknya berada di Singapura kerana mengikut suami yang menjalankan perniagaan di negara terbabit.
”Ini pun jadi isu?,” soal Najib sambil menambah menantu beliau warga Kazakhstan.
“Kalau dia berniaga kat Malaysia orang tuduh dia guna kabel pulak,” jawab Najib kepada komen netizen yang menggunakan akaun Twitter Rozy Razit.
Pemilik akaun itu dalam komennya mengaitkan isteri TMJ (Tengku Mahkota Johor) yang bersalin di Hospital Sultanah Aminah.
“Bini TMJ pun bersalin di HSAJB je, anak menteri nak bersalin kat Singapore, pastu bila PRU & PAU sibuk jerit ketuanan melayu siap cium keris, ceh! Demikianlah UMNO,” kata Rozy Razit di Twitter.
Isu lain dibangkitkan netizen adalah status kewarganegaraan bakal cucu Najib itu.
Ini selari dengan perdebatan berhubung status anak kepada ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing
Walaupun keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada ibu warga Malaysia berkenaan, tindakan kerajaan memfailkan rayuan menjadi tanda tanya dan perdebatan netizen.
Isu lain yang turut dibangkitkan netizen, bagaimana Najib dan isteri boleh ke Singapura sedangkan sempadan kedua-dua negara masih ditutup.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan semula pasport buat sementara bagi membolehkan dia ke Singapura.
Rosmah yang merupakan isteri Najib mahu pergi ke Singapura bagi menemani anak perempuannya, Nooryana Najwa yang sedang sarat mengandung yang akan melahirkan anak kedua dalam tempoh terdekat ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohanan Rosmah dengan syarat pasport itu dipulangkan kembali pada atau sebelum 6 Disember tahun ini.
Najib juga telah mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan pasport antarabangsa beliau buat sementara waktu bagi perjalanan ke Singapura atas alasan sama.
Permohonan itu akan didengar pada Isnin depan. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.