Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kerajaan tidak ganggu siasatan kertas Pandora - Ismail Sabri -

Kerajaan tidak ganggu siasatan kertas Pandora – Ismail Sabri

KERAJAAN menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Kertas Pandora. 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika memberikan jaminan itu berkata kerajaan tidak akan menyekat tindakan pihak berkuasa sekiranya mempunyai bukti kukuh. 

“Dalam negara, kita terbuka kalau didapati ada kes terhadap sesiapa sahaja pun, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan, kita terbuka dan serah pada pihak berkuasa. 

“Pihak berkuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baca semua laporan, berita yang dikeluarkan, terserah pada mereka, kita tidak menyekat,” katanya pada sidang media selepas meninjau Perumahan Awam Seri Perak di sini hari ini.

Isnin lepas, Dewan Rakyat kekal dengan keputusan menolak usul untuk membahaskan pendedahan Kertas Pandora yang didakwa membabitkan fail kewangan sulit beberapa tokoh terkemuka negara.

Usul itu dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. – BERNAMA