Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Dine in' belum lengkap divaksin, 6 dikompaun RM2,000 -

‘Dine in’ belum lengkap divaksin, 6 dikompaun RM2,000

PADAH melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan ‘dine in’ di sebuah bar dan restoran meskipun belum lengkap divaksin, enam pelanggan di Georgetown, Pulau Pinang dikompaun masing-masing RM2,000.

Turut dikenakan kompaun ketika pemeriksaan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) kira-kira pukul 10.50 malam menerusi Operasi Op Pemantauan dan Pematuhan itu ialah pemilik premis berkenaan sebanyak RM10,000.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua yang dikompaun terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita masing-masing berusia  23 hingga 37 tahun.

Kompaun dikenakan terhadap enam pelanggan yang melanggar SOP di sebuah bar dan restoran di Georgetown

“Tindakan kompaun itu dilakukan mengikut Peraturan 16(1) Kawalan Pergerakan Penyakit Berjangkit dan hukuman di Bawah Peraturan 17(1) Peraturan sama dan Peraturan-Peraturan Penyakit Berjangkit berdasarkan nilai magnitud jadual kesalahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu tambah Soffian, beliau menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan demi membantu memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19 di negara ini. – SB