PRN Melaka: MT tiada keputusan, UMNO akan mesyuarat lagi

0
279

UMNO belum mencapai keputusan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk pendirian sama ada akan bekerjasama dengan PAS atau Bersatu .

Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata parti itu menunggu pengumuman rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pilihan raya berkenaan.

“MKT (Majlis Kerja Tertinggi) bincang mengenai PRN Melaka. Kena tunggu keputusan SPR,” katanya ketika ditemui sejurus selesai mesyuarat MKT UMNO malam ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata UMNO akan mengadakan satu lagi mesyuarat dalam tempoh terdekat berhubung PRN Melaka.

“Belum ada keputusan. Kita akan bermesyuarat sekali lagi,” katanya.

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri sementara Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali turut hadir pada mesyuarat malam tadi.

Difahamkan, Sulaiman turut memberi maklumat berkaitan krisis politik yang berlaku di Melaka, susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk dua daripada UMNO menarik sokongan terhadapnya hingga kerajaan UMNO hilang majoriti.

Ab Rauf yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka juga memberi taklimat mengenai pembubaran DUN Melaka yang dikatakan dipersetujui Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

Kelmarin Zahid berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara bersendirian pada PRN Melaka tanpa kerjasama parti lain termasuk PAS yang menjadi sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) ataupun Bersatu.

Dalam kenyataan di Facebooknya semalam, Zahid mengulangi penjelasan berhubung isu pengkhianatan yang merujuk kepada PAS kononnya tidak ikhlas menjalinkan kerjasama dengan parti itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here