Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] MPN cadang buka sempadan, pendekkan atau mansuh tempoh kuarantin -

[VIDEO] MPN cadang buka sempadan, pendekkan atau mansuh tempoh kuarantin

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) hari ini mencadangkan kepada kerajaan untuk membuka sempadan negara dengan selamat termasuk bagi tujuan pelancongan kepada warga asing yang lengkap vaksinasi Covid-19.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, MPN mencadangkan agar kerajaan memansuh atau memendekkan tempoh kuarantin warga asing yang tiba dari luar negara.

Menurut beliau, pendekatan pengurangan atau pemansuhan tempoh kuarantin itu dibuat melalui program ‘mutual recognition of vaccine certificate‘ termasuk untuk tujuan pelancongan sepertimana yang telah dilaksanakan di beberapa negara lain bagi merancakkan semula pelbagai sektor ekonomi.

“Saya dimaklumkan ia akan dibincangkan dan dipertimbangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat hari ini, bukan di bawah majlis ini tetapi di bawah jawatankuasa, yang saya kira dipengerusikan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).

“Jadi, kita harap mungkin akan memutuskan apa yang telah saya sebutkan tadi, kerana pembukaan sempadan antarabangsa ini kita telah timbang lama dan dikira sudah sampai masa selepas kebenaran rentas daerah dan negeri.

“Yang ditunggu-tunggu sama ada sempadan negara boleh dibuka untuk warga Malaysia ke luar negara untuk beberapa peraturan tetapi tidak menyulitkan.

“Pelawat-pelawat asing baik perniagaan atau pelawat sosial dan pelancong boleh datang ke negara kita bila mana mereka telah dapat menyempurnakan dua dos vaksin dan sijil digital yang diguna pakai diiktiraf,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) keempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM), di sini, pada Jumaat. – SB