Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KKM mahu tindakan segera terhadap kumpulan antivaksin -

KKM mahu tindakan segera terhadap kumpulan antivaksin

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil tindakan untuk membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin yang menyebarkan berita palsu di platform media sosial.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, hari ini.

“Kami berharap tindakan susulan seperti siasatan, pendakwaan dan lain-lain dapat disegerakan.

“Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan,” katanya menerusi ciapan berkenaan.

Tangkap layar ciapan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Khairy memaklumkan perkara itu bagi menjawab ciapan salah seorang pengguna Twitter, @DrSakinah3 yang mempersoalkan ‘kekebalan’ kumpulan anti-vaksin di negara ini yang tidak diambil tindakan.

“Mantan PM, Presiden UMNO pun turun naik mahkamah, tapi anti-vaksin lebih hebat lagi. Petik nama menteri sesuka hati. Tabur fitnah sana sini, tiada tindakan. Sampai bila?” luahnya sambil memetik nama Khairy di dalam ciapannya.

Tangkap layar ciapan pengguna, @DrSakinah3 yang mempersoalkan ‘kekebalan’ kumpulan antivaksin di negara ini.

Pengguna berkenaan turut melampirkan tangkap layar satu kumpulan anti-vaksin dari aplikasi Telegram yang memaparkan mesej yang mendesak pihak berkenaan untuk menguruskan pampasan kepada mereka yang dipercayai meninggal dunia setelah disuntik vaksin.

Tangkap layar mesej kumpulan antivaksin di aplikasi Telegram yang dikongsikan pengguna Twitter, @DrSakinah3

Sebelum ini, Khairy pada Sabtu memaklumkan telah mengarahkan KKM untuk membuat laporan kepada pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung penyebaran berita palsu berkenaan COVID-19 dan vaksinasi menerusi laman Twitter Spaces, baru-baru ini.

Perkara itu adalah susulan daripada penularan video berdurasi 31 saat yang memaparkan hantaran yang dilakukan oleh seorang pengguna Twitter berkaitan senarai kematian guru sekolah akibat vaksinasi.–SB