Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
28 peratus kawasan bekalan air sudah pulih -

28 peratus kawasan bekalan air sudah pulih

Bekalan air di 998 kawasan terjejas susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) sudah mencapai tahap 28 peratus pulih setakat 7 pagi, hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, daripada lapan wilayah yang terjejas, Kuala Selangor sudah mencapai pemulihan bekalan air 75.6 peratus, diikuti Hulu Selangor (60.7 peratus), Petaling (60.4 peratus) dan Shah Alam (40.4 peratus).

Bagaimanapun, katanya wilayah Klang mencatatkan pemulihan bekalan air hanya 0.9 peratus manakala Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat masih lagi sifar.

“Air Selangor berharap, pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

“Pengguna juga boleh merujuk semua saluran rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, Instagram dan menghubungi kami di talian 15300,” katanya, hari ini.