TINDAKAN anggota polis trafik yang telah menjaga kelancaran lalu lintas ketika seorang lelaki dipercayai sedang menunaikan solat di tengah jalan raya mendapat pujian dalam kalangan netizen.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Sukan Star TV menunjukkan rakaman kamera bahagian hadapan sebuah kereta itu yang memaparkan lelaki itu sedang solat di atas jalan raya dengan tidak menghiraukan keadaan sekeliling sambil di pantau oleh anggota-anggota polis trafik yang berada di kawasan tersebut.
Rakaman berdurasi 29 saat itu turut memperlihatkan tindakan anggota tersebut yang berdiri dibelakang lelaki itu sambil mengarahkan kereta-kereta di jalan raya supaya terus bergerak agar tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Menurut seorang pengguna Instagram, Feriansyah Yusrif turut berkongsi satu video pendek berhubung kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di Jalan Kuching, Kuala Lumpur semalam.
Perkongsian tersebut telah ditonton lebih 180 ribu orang selain ratusan komen netizen yang rata-rata mendakwa lelaki terbabit mungkin kurang siuman namun masih mampu berfikir mengenai suruhan ditetapkan Allah SWT.
Bagaimanpun, ada juga segelintir individu yang memuji tindakan murni anggota berkenaan yang tidak menganggu ‘kekhusyukan’ solat lelaki itu dan terus menjalankan tanggungjawab mengawal lalu lintas dengan sebaiknya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.