[VIDEO] Kawan baik kini jadi ibu tiri

0
335

JODOH tidak kenal usia. Itu lah perumpamaan yang dapat digambarkan untuk pasangan ini.

Baru-baru ini seorang gadis dari Indonesia berkongsi satu kisah dimana rakan baiknya kini sudah bertukar status menjadi ibu tirinya selepas mendirikan rumah tangga bersama bapa kandungnya.

Memetik laporan Tribunnews, kisah luar biasa itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok, fiithryyyyy_22. 

Menurut Fitriani Yuda, dia dan rakannya itu sudah lama berkawan malah dia langsung tidak menyangka persahabatan mereka berakhir dengan satu ikatan ‘kekeluargaan’.

Fitriani sempat berkongsi detik bersama rakan baiknya itu yang kini ibu tirinya ketika di bangku sekolah.

Menerusi foto itu, kelihatan mereka berdua yang memakai baju seragam sekolah sangat akrab sambil tersenyum manis memandang kamera. 

Fitriani kemudian berkongsi pula gambar bapanya di atas pelamin bersama seorang gadis yang merupakan rakan baiknya itu.

Difahamkan, bapa dan rakan baiknya telah mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu, namun, Fitriani mengakui meskipun ibu tirinya adalah rakan baiknya sendiri, dia begitu bahagia malah sudah merestui perkahwinan tersebut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here