Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Jemaah umrah sulung selamat tiba di Jeddah -

[VIDEO] Jemaah umrah sulung selamat tiba di Jeddah

SETELAH hampir dua tahun menunggu akibat pandemik Covid-19, kumpulan pertama jemaah umrah dari Malaysia mula berlepas ke Tanah Suci di Arab Saudi, semalam, bagi menunaikan ibadah itu.

Menerusi perkongsian di Instagram oleh pelakon terkenal, Ashraf Muslim yang juga merupakan salah seorang daripada jemaah sulung Malaysia, dapat dilihat mereka selamat tiba di Jeddah, Arab Saudi, hari ini.

Mereka terdiri daripada sembilan orang peserta selain dua petugas dari agensi umrah dan ziarah terkenal tempatan, Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Putrajaya.

Ashraf juga mengakui berasa teruja selepas memaklumkan dirinya bakal berlepas ke Makkah, sekali gus merupakan kumpulan pertama dari Malaysia yang akan membawa jemaah menunaikan umrah dengan norma baharu.

Dikesempatan itu menerusi Instagramnya juga, pelakon tersebut mengambil kesempatan memohon maaf seandainnya dirinya ada menyakiti hati mana-mana pihak tanpa sengaja sebelum ini.

Menurut laporan media semalam, kumpulan jemaah pertama itu akan berada di sana selama 10 hari 13 malam dengan memasuki Madinah terlebih dahulu sebelum diberi kebenaran bergerak ke Makkah untuk umrah sekali sahaja.

Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan umrah seperti, hanya membenarkan individu yang telah lengkap dos vaksinasi, kebenaran membabitkan sekali umrah sahaja, 25 orang dalam sebuah bas, hanya bilik berdua, dan hanya jemaah berusia 18 tahun ke atas.

Namun, bagi yang mengambil suntikan vaksinasi Sinovac, haruslah mendapatkan dos ketiga seperti mana ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi. – SB