Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Air Selangor: kerja tambah baik di loji SSPI selesai pagi tadi -

Air Selangor: kerja tambah baik di loji SSPI selesai pagi tadi

KERJA penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSPI) siap dilaksanakan, hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), berkata sehingga jam 6 pagi sistem rawatan air di LRA SSPI sudah distabilkan dan bekalan air mula disalurkan ke sistem agihan bekalan air.

“Bekalan kepada pengguna akan mula disalurkan secara berperingkat pada jam 5 petang hari ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun, katanya tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza.

Ia bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air – SB