Wanita disyaki buat tuntutan palsu Penjana direman

0
406

SEORANG wanita yang juga pemilik sebuah syarikat persendirian hari ini direman enam hari bagi membantu siasatan berkaitan permohonan palsu bantuan insentif Penjana Kerjaya 1.0.

Wanita berusia 36 tahun itu dikatakan membuat tuntutan sehingga RM308,000 sekitar Disember 2020.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood membenarkan perintah reman itu bermula hari ini dan suspek akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysua (SPRM) 2009.

Seksyen 18 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai butiran palsu atau RM10,000 mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Suspek telah ditahan di rumahnya pada 12.45 tengah hari semalam dan dibawa ke pejabat SPRM Terengganu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here