Ahli Parlimen Labuan didakwa SPRM esok

0
306

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa Ahli Parlimen (MP) Labuan dari parti Warisan, Datuk Rozman Isli di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Menurut laporan Malaysiakini, perkara itu disahkan peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali.

“Dia diminta (oleh SPRM) untuk hadir (ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur) esok,” katanya Rafique.

Bagaimanapun, menurut Rafique setakat ini beliau tidak tahu pertuduhan yang akan dihadapkan kepada anak guamnya, namun tidak menolak pertuduhan melibatkan Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Seksyen itu berkenaan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan, sama ada “bagi dirinya sendiri, saudara atau sekutunya”.

Sebelum ini, SPRM mengeluarkan kenyataan seorang Ahli Parlimen bakal didakwa di mahkamah pada jam sembilan pagi esok.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menamakan Ahli Parlimen berkenaan.

Rozman menjadi Ahli Parlimen Labuan sejak 2013. Bermula sebagai Ahli Parlimen UMNO, Rozman kemudian menyertai parti Warisan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here