2,000 jemaah untuk solat Jumaat di Masjid Negeri

0
30

BERKUATKUASA hari ini, jumlah jemaah solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) Selangor dibenarkan sehingga 2,000 termasuk pentadbir dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 .

Bagaimanapun, pertambahan jemaah itu dibuat hanya untuk solat Jumaat sahaja, manakala bagi solat lima waktu, ia sama seperti yang dimaklumkan pada September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, kakitangan masjid atau surau yang belum mengambil suntikan vaksin Covid-19 tidak dibenarkan mengendalikan urusan solat Jumaat.

Katanya, selain masjid negeri, Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Raja Fi Sabilillah Cyberjaya masing-masing membenarkan 700 jemaah manakala Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang serta Masjid Daerah dibenarkan sehingga 600 jemaah.

“Seramai 500 jemaah dibenarkan di Masjid Institusi; 400 di Masjid Pengurusan; 350 di Masjid Kariah serta 250 di surau kebenaran solat Jumaat,” katanya melalui laman sosial Facebook, hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here