Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Shahril dilantik Pengarah Ekonomi Pejabat PM, bagaimana pula dengan Najib? -

Shahril dilantik Pengarah Ekonomi Pejabat PM, bagaimana pula dengan Najib?

KETUA Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dilaporkan dilantik menjadi Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri.

Pelantikan beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tular di media sosial malam tadi termasuk gambarnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun setakat ini belum ada pengesahan dan kenyataan rasmi mengenainya.

Pemilihan Shahril tidak menghairankan memandangkan bekas calon Barisan Nasional Parlimen Kuala Langat itu merupakan lepasan jurusan Ekonomi di University of Manchester dan belajar peringkat sarjana dalam bidang Etnik Kaum dan Kajian Pasca-kolonial di London School of Economics and Political Science.

Bagaimanapun pelantikan tersebut menimbulkan persoalan akan nasib bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai penasihat ekonomi PM bertaraf menteri.

Adakah bekas Perdana Menteri yang kini berdepan dengan pelbagai kes salah guna kuasa di mahkamah telah diketepikan?

Hujah itu tidak mustahil kerana berdasarkan sentimen rakyat sebaik Najib bertemu Ismail Sabri pada 7 September lalu dan disebut-sebut bakal menjadi penasihat ekonomi PM, ia tidak memihak kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Sentimen negatif dan terlalu banyak kritikan mungkin alasan sehingga kini Perdana Menteri belum berani melantik Najib ke jawatan itu.