Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming positif COVID-19 -

Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming positif COVID-19

AHLI Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming diuji positif COVID-19 hari ini.

Perkara itu diciapkan beliau di Twitter, selepas memperoleh keputusan ujian kendiri COVID-19 pada 3.30 petang Isnin dan perkara itu disahkan sekali lagi selepas keputusan ujian PCR COVID-19 yang dijalaninya sejam kemudian.

“Saya tidak mengalami sebarang gejala. Saya akan menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari. Akan meluangkan masa sejam berikutnya untuk memaklumkan perkara ini kepada kontak rapat saya,” katanya.

Menurut Kian Ming, beliau diuji negatif pada Rabu lepas di Parlimen dan tidak pasti bagaimana beliau boleh dijangkiti wabak berkenaan.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, tiada individu di Parlimen diuji positif COVID-19 pada sesi yang sedang berlangsung hari ini.

Semua yang hadir ke Parlimen termasuk Ahli Parlimen dan petugas diwajibkan menjalani ujian RTK Antigen Saliva secara rawak pada setiap Isnin dan Rabu sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19 dan memastikan persidangan Dewan Rakyat berjalan dengan selamat. – Bernama