Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Khairy terima penghargaan Ketua Pengarah WHO -
Enggan divaksin

Khairy terima penghargaan Ketua Pengarah WHO

KETUA Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus hari ini mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kerana menggalakkan rakyat Malaysia untuk bercakap mengenai kesihatan mental.

Memetik ciapan Khairy sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia semalam, Dr Tedros menyeru setiap individu untuk berusaha ke arah penjagaan kesihatan mental berkualiti buat semua.

“Terima kasih atas kepemimpinan anda dan usaha menggalakkan rakyat #Malaysia untuk bercakap mengenai #mentalhealth, Menteri Kesihatan@Khairykj. Bersama-sama, demi penjagaan kesihatan mental yang berkualiti untuk semua! #WorldMentalHealthDay,” ciap beliau.

Khairy menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya menyebut mengenai Let’s TALK Minda Sihat, satu bentuk kempen oleh Kementerian Kesihatan yang dilancarkan pada 2019 untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar mendapatkan sokongan dan bantuan dalam penjagaan kesihatan mental, selain menggalakkan anggota keluarga dan rakan-rakan memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan. – Bernama