Bapa kudung tangan rogol anak OKU

0
251

SEORANG penjaja kudung tangan dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini, atas kesalahan merogol anak kandungnya orang kelainan upaya (OKU), 18 Ogos lalu.

Tertuduh yang berusia 50 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 16 tahun empat bulan ketika kejadian apabila perhubungan dengannya tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau berkahwin dengannya.

Kesalahan itu dilakukan di dalam bilik sebuah rumah di Kuala Krai, kira-kira jam 11.59 malam pada 18 Ogos 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara lapan tahun hingga 30 tahun dan 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang tidak boleh menggerakkan kedua-dua kakinya mengatakan bahawa dia dirogol oleh tertuduh pada Mac 2017 iaitu seminggu selepas kematian ibu tirinya.

Sejak itu, mangsa mengatakan dia kerap dirogol oleh bapanya dan kejadian lebih 30 kali di dalam bilik tidurnya.

Berdasarkan siasatan, terdapat satu rakaman video tertuduh sedang merogol mangsa yang dirakam sendiri oleh remaja itu menerusi telefon bimbitnya.

Video itu jelas menunjukkan bahawa tertuduh merogol mangsa tanpa kerelaannya. Siasatan juga mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa memohon mahkamah memberi hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh yang sanggup melakukan perbuatan itu terhadap anaknya, yang juga OKU fizikal.

“Tertuduh sepatutnya melindungi anaknya dan bukan melakukan perbuatan keji terhadap remaja itu,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here