Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Orang Melayu tidak perlu banyak parti politik – Mahdzir -

Orang Melayu tidak perlu banyak parti politik – Mahdzir

ORANG Melayu tidak perlu mempunyai banyak parti politik

Ini kerana menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kewujudan banyak parti politik Melayu hanya akan menyebabkan orang Melayu berpuak-puak.

“UMNO satu sudah cukup, ni kalau buat bagi banyak lagi, kita akan berpuak-puak.

“Ikutlah pakat-pakat dalam satu organsisasi,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Sukan Negara 2021 (HSN 2021) peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Putrajaya pada Sabtu.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media yang menyebut Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah mengetuai mesyuarat dengan sekumpulan veteran UMNO bagi membincangkan usaha mewujudkan ‘UMNO lama’ semalam.

BERITA BERKAITAN UMNO perlu keputusan konsensus tentukan kerjasama parti dalam PRU-15 – Mahdzir

Mahdzir berkata, tiada keperluan untuk menubuhkan parti politik yang baharu sebaliknya lebih baik menyertai parti politik sedia ada di negara ini.

Mengulas mengenai cadangan penubuhan sebuah parti politik baharu iaitu Parti Kuasa Rakyat, Mahdzir berkata, pada masa ini sudah terlalu banyak parti politik dalam kalangan orang Melayu.

“Orang Melayu yang banyak sangat parti ni, rakan-rakan kaum Cina dan India tidak sebanyak orang Melayu. Tak tau lah apa matlamat mereka (tubuh parti baharu),” katanya. – SB