Kes baharu Covid-19 berada di bawah 10 ribu buat lima hari berturut-turut

KES terbaru positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam yang lalu menunjukkan penurunan sedikit kepada 9,751 kes berbanding 9,890 pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kembali merekodkan kes tertinggi degan 1,796 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 1,339 kes dan Kelantan sebanyak 1,052 kes.

“Johor (864 kes), Sabah (705 kes), Terengganu (650 kes), Perak (643 kes), Pulau Pinang (632 kes), Kedah (578 kes), Pahang (551 kes), Kuala Lumpur (313 kes), Melaka (244 kes) dan Negeri Sembilan (243 kes).

“Selebihnya, Perlis (94 kes), Putrajaya (45 kes) dan Labuan (dua kes),” katanya pada hantaran Facebook beliau hari ini. – SB