Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ahli akademik Malaysia terima anugerah kehormat Uzbekistan -

Ahli akademik Malaysia terima anugerah kehormat Uzbekistan

PRESIDEN Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev menandatangani dekri untuk  Anugerah Kehormat sempena ‘30 Tahun Kemerdekaan Uzbekistan ’ yang bakal diterima ahli akademik Malaysia atas sumbangannya dalam memperkukuh hubungan Uzbekistan-Malaysia.

Penerimanya ialah Pengarah Institut Islam Hadhari (HADHARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Fariza Md Sham.

UKM dalam satu kenyataan memaklumkan penghargaan itu disampaikan Duta Uzbekistan ke Malaysia Ravshan Usmanov pada Selasa (5 Okt), di hadapan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM, Prof. Dr. Mohammad Kassim.

Fariza, anak kelahiran Temerloh, Pahang, seorang ahli akademik cemerlang yang telah menerima banyak penghargaan sepanjang kariernya.

Beliau turut menghargai usaha universiti atas peluang diberikan dan menyediakan platform seperti HADHARI yang membolehkannya bekerjasama dengan Uzbekistan.

Dalam kenyataan itu, Usmanov berkata, Fariza telah memainkan peranan memperkukuh hubungan Uzbekistan-Malaysia dalam bidang pendidikan dan budaya dengan memperluas kerjasama antara institusi penyelidikan kedua-dua negara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerjasama berterusan antara HADHARI, Pusat Peradaban Islam Uzbekistan dan Pusat Penyelidikan Ilmiah Antarabangsa Imam Bukhari.

“Bersama UKM dan HADHARI, kami akan terus memperkukuh kerjasama kami untuk mendapatkan pemahaman lebih baik mengenai warisan peradaban Islam,” katanya.

Anugerah itu bertujuan memperlihatkan perkembangan usaha sama pembangunan Uzbekistan dalam memastikan keamanan dan kestabilan, keharmonian dan toleransi antara etnik, pendidikan generasi muda serta meningkatkan kerjasama antarabangsa. – Bernama