SEBANYAK 29 kompaun berkaitan pelbagai kesalahan dikeluarkan dan 15 skuter elektrik disita menerusi operasi bersepadu ‘Ops Skuter’ di sini malam tadi.
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) berkata operasi dijalankan bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula dari pukul 10 malam hingga 1 pagi tadi.
Dalam catatan di Facebooknya hari ini MPKB-BRI berkata pihaknya mengeluarkan tiga kompaun terhadap pengusaha skuter elektrik kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen, di samping merampas 15 skuter berkenaan.
Menurutnya JAHEAIK pula mengeluarkan lapan kompaun ke atas pemain skuter elektrik kerana berpakaian serta berkelakuan kurang sopan di khalayak, manakala PDRM pula mengeluarkan 18 kompaun trafik membabitkan tujuh motosikal, tiga kereta dan lapan basikal.
“PDRM turut memberi penerangan (kepada orang ramai) mengenai salah laku menunggang skuter di jalan raya,” menurut kenyataan itu.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.