Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Dengan Bersatu… Zahid kata ‘No Way’, di Melaka UMNO ‘minta ihsan’ DAP -

[VIDEO] Dengan Bersatu… Zahid kata ‘No Way’, di Melaka UMNO ‘minta ihsan’ DAP

KETIKA ditanya oleh portal Malaysiakini adakah UMNO akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika diadakan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi melalui pesanan teks menjawab…’’Saya minta maaf..No Way’’.

Jawapan tegas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana UMNO sudahpun memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab.Rauf Yusoh mendedahkan parti itu cuba menyelamatkan Kerajaan Negeri Melaka dengan meminta pertolongan DAP, ia mengejutkan banyak pihak.

Dan kenyataan Ab.Rauf itu mewujudkan persoalannya adakah ini bermakna UMNO sudah bersedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan termasuk DAP asalkan dapat menubuhkan Kerajaan Pusat pula selepas ini ?

Timbul juga persoalan, adakah apa yang dilakukan oleh Ab.Rauf itu mendapat restu atau ‘lampu hijau’ daripada Ahmad Zahid? 

Kenapa dengan Bersatu begitu tegas menolak walaupun Perikatan Nasional (PN) berkata sedia berunding untuk bekerjasama  dengan UMNO dalam PRN Melaka?

=

Sesetengah pihak menyifatkan tindakan UMNO berunding dengan DAP sebagai cubaan ‘minta ihsan’ daripada parti itu menyelamatkan kerajaan UMNO.

Ini ditegaskan oleh Ab. Rauf bahawa rundingan tersebut adalah antara parti dan bukannya mewakili kerajaan negeri.

Bagaimanapun, perundingan bersama DAP itu tidak membuahkan hasil yang diharapkan walaupun usaha ‘memujuk’ dibuat.

Oleh itu pilihan yang ada adalah UMNO dan BN Melaka mesti memenangi bilangan kerusi mencukupi jika Pilihan Raya Negeri (PRN) di adakan.

Yang pasti, jika berlaku PRN ini akan memberi gambaran jelas senario politik sebenar menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.