Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Netizen persoal 'kelayakan' Danesh Raj dilantik Lembaga Pengarah Universiti Malaya -

Netizen persoal ‘kelayakan’ Danesh Raj dilantik Lembaga Pengarah Universiti Malaya

UNIVERSITI Malaya (UM) membuat kejutan apabila melantik seorang anak muda berusia 26 tahun, Danesh Raj Nagarajan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) bermula 4 Oktober 2021 sehingga 3 Oktober 2024.

Susulan itu, perkara ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial. Ada menyokong, tidak kurang mempertikaikan kelayakan pemuda itu.

Perdebatan itu memaksa Danesh mendedahkan ‘curriculum vitae’ (CV) miliknya, namun terus dipertikaikan netizen.

Tangkap layar hantaran Danesh Raj Nagarajan di akaun Facebook rasminya berkenaan dengan ‘curriculum vitae’ miliknya.

“Melihat kepada CV ini, saya tertanya-tanya bagaimana dia dilantik sebagai Ahli LPU. Saya pasti UM masih ramai alumni muda yang lebih baik untuk berada dalam Lembaga Pengarah Universiti,” tulis pengguna, Joshua di ruangan komen.

“Serius la anugerah kolej kediaman pun kamu letak, untuk buktikan kelayakkan berada dalam LPU?” soal pengguna, Akmal.

Tangkap layar ruangan komen pada hantaran Danesh Raj di Facebook

Selain itu, pengguna Hazim mengajak orang ramai untuk membandingkan Danesh Raj dengan Ahli LPU UM yang lain dengan menyenaraikan setiap nama ahli serta kelayakan mereka.

Jelas dilihat dalam senarai tersebut, bahawa Ahli LPU UM yang lain sememangnya mempunyai kelayakan yang tinggi untuk menggalas tanggungjawab berkenaan jika dibandingkan dengan kelayakkan tertinggi Danesh adalah sebagai pengarah projek Sejahteralah Wargaku serta ahli Parlimen Belia.

Turut difahamkan, beliau juga merupakan pegawai kepada Ahli Parlimen Pengerang dari UMNO, Dato’ Seri Azalina Othman.

“Yang membezakan anda dengan yang lain adalah ‘networking politic’. Itulah faktanya. Masyarakat sivil bukan menidakkan peluang untuk anak muda yang berbakat dan berjasabakti, tetapi masyarakat sivil mahu elemen nepotisme politik diketepikan dlm amalan pelantikan badan-badan kerajaan.

“Amalan ini telah dibuktikan akan menjadi penyumbang kepada masalah rasuah,” ujar seorang lagi pengguna, Abu.

Terdahulu pada Selasa, Ketua Pergerakan Wiranita Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ros Hanita Mohd Basir menyifatkan pelantikan Danesh sebagai Ahli LPU UM sebagai suatu yang mengejutkan dan tidak tepat.

“Menjadi tanda tanya, apakah Danesh cukup matang dan berpengalaman untuk memegang jawatan tersebut, sedangkan kita tahu umur beliau baru mencecah 26 tahun.

“Mampukah beliau memikul tanggungjawab besar ini? Dan difahamkan Danesh adalah pegawai kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azlina Othman Said,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Tambah Ros Hanita, mereka tidak menolak penglibatan anak muda dalam menerajui jawatan LPU UM kerana pandangan dan cetusan idea anak muda lebih kehadapan namun berpandangan masih ramai anak muda yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman untuk menggalas jawatan berkenaan.–SB