Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bukit Aman siasat penceramah bebas kes hina kaum, agama -

Bukit Aman siasat penceramah bebas kes hina kaum, agama

POLIS Bukit Aman mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung klip video tular mengandungi kenyataan berbaur penghinaan agama dan kaum oleh penceramah bebas, Mohd Syakir Nasoha.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata klip video berdurasi satu minit yang mula tular di media sosial seperti TikTok, Facebook dan WhatsApp sejak beberapa hari lalu jelas mengundang kemarahan orang ramai.

Menurutnya, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, JSJ Bukit Aman.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penyalahgunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abd Jalil berkata, siasatan masih diteruskan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Menurut Abd Jalil, tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan negara. – SB