Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bayi lelaki ditemukan di kawasan pembuangan sampah -

Bayi lelaki ditemukan di kawasan pembuangan sampah

SEORANG bayi lelaki cukup sifat dipercayai baru dilahirkan ditemukan di kawasan pembuangan sampah di Taman Indah Permai berhampiran sebuah pasar raya di Kota Kinabalu, Sabah malam tadi.

Bayi itu ditemukan orang awam yang melintas di kawasan itu kira-kira 7 malam tadi sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi. 

“Polis yang tiba di lokasi kejadian menjalankan siasatan dan bayi terbabit diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya…siasatan masih dilakukan terutama bagi mengesan suspek terlibat,” katanya di sini. 

Beliau berkata bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk rawatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pihak polis. – SB